Akar kata ialah unit
leksikal utama bagi sesuata
perkataan. Ia menyampaikan aspek-aspek kandungan
semantik yang paling penting dan tidak dapat dipecahkan lagi kepada unsur-unsur juzuk yang lebih kecil.
Kata isi dalam hampir semua
bahasa mengandungi dan boleh terdiri hanya daripada
morfem akar. Bagaimanapun, istilah "kata akar" kekadang juga digunakan untuk memerikan perkataan tanpa akhiran
fleksi, tetapi dengan akhiran leksikal pada tempatnya. Misalnya, chatters dalam
bahasa Inggeris mempunyai akar fleksi atau
lema, chatter, tetapi akar leksikalnya ialah chat. Akar fleksi sering digelar
kata dasar, dengan erti kata "akar" yang paling ketat mungkin dapat dianggap sebagai kata dasar monomorfem.Takrif tradisional membenarkan akar kata bersifat
morfem bebas mahupun
morfem terikat. Morfem akar diperlukan untuk tujuan
penambahan dan
kata majmuk. Bagaimanapun, untuk
bahasa polisintetik yang mempunyai tahap morfologi fleksi yang amat tinggi, istilah "akar kata" umumnya bersinonim dengan "morfem bebas". Banyak bahasa sebegini mempunyai bilangan morfem yang dapat wujud bersendirian sebagai perkataan yang sangat terhad, misalnya,
bahasa Yup'ik tidak mempunyai melebihi 2,000 akar kata.Akar kata ialah unit makna (morfem) dan justera, ia merupakan suatu konsep yang abstrak, walaupun ia biasa dapat dilambangkan dalam tulisan sebagai perkataan. Misalnya, akar kata untuk bentuk
kata kerja, running, boleh dikatakan run, dengan akar kata untuk
adjektif superlatif Sepanyol, amplĂsimo, merupakan ampl- kerana perkataan-perkataan itu jelas diterbitkan daripada bentuk akar kata melalui
akhiran yang mudah yang langsung tidak mengubah akar kata itu. Khususnya, bahasa Inggeris tidak mempunyai banyak fleksi dan lantaran itu, ia cenderung mempunyai perkataaan yang serupa dengan akar katanya. Bagaimanapun, fleksi yang lebih rumit, serta proses-proses yang lain, boleh mengaburkan akar katanya, misalnya akar kata untuk mice dalam bahasa Inggeris ialah mouse (masih merupakan suatu perkataan yang sah), dan akar kata untuk interrupt, berdasarkan
logik, boleh dikatakan sebagai rupt. Bagaimanapun, rupt bukan perkataan dalam bahasa Inggeris dan hanya muncul dalam bentuk terbitan, misalnya disrupt, corrupt, rupture, dan sebagainya. Akar kata rupt ditulis seolah-olah ia merupakan sebuah perkataan, tetapi ia bukan.Pembezaan antara perkataan sebagai "unit pertuturan" dan perkataan sebagai "unit makna" menjadi lebih penting dalam kes bahasa-bahasa yang akar katanya mempunyai banyak bentuk yang berbeza apabila digunakan dalam perkataan sebenar, misalnya dalam kes
bahasa Semitik. Dalam kes tersebut, akar-akar kata dibentuk hanya daripada
konsonan sahaja, dengan perkataan-perkataan yang berbeza (tergolong dalam
golongan kata yang berbeza) diterbitkan daripada akar kata yang sama menerusi penyisipan
vokal. Misalnya, dalam
bahasa Ibrani, akar kata
gdl melambangkan gagasan "besar" dan daripada itu, kita mendapatkan:bersama-sama dengan banyak perkataan yang lain seperti
go
de
l ("saiz") dan mi
gda
l ("menara").